Friday, October 26, 2018

MY BELOVED SISSY

Assalamualaikum semua,huhh harini baru lah berkesempatan nak tulis blog balik selepas beberapa minggu.Busy gila dengan kerja dan komitmen lain.So,harini aku nak tulis pasal classmate yang paling aku rapat gilaaa kat KMNS.Kiranya takde dorang ni dalam kelas,memang aku murung sepanjang hari hahahaha.

Dari kiri: Syahmi,Elly,Effatin,Ameerah,dan Razief
(SISSY GROUP HAHAHAH)

Okay ini lah muka-muka yang aku hadap hari-hari kat KMNS dulu hahaha.Tapi tak muak hahaha sebab memang ngam gila.Okay firstly, masa mula-mula masuk KMNS tak rapat sangat pon dengan mereka ni hahah.Sebab baru kenal kan.Bila dah kenal hmm ambik kau hahaha.

Nak cerita masa kat kelas dulu.Masa kat kelas kami semua akan duduk berderet hahaha sebab nak berborak + MEMBAWANG hahahaha. Tapi at the same time belajar lah haha.And after class,lunch WAJIB sama-sama hahahhaha.Jarang lah tak lunch sama-sama.Masa makan tu lah nak bergosip lah nak gelak-gelak semua hahaha.Memang tak boleh lupa semua tu hmm.

Okay nak describe sorang-sorang pulak hahaha.

EFFATIN SI MEATBALL

Okay ini Effatin namanya haha atau dikenali sebagai MEATBALL hahahaha sebab pipi dia hmm korang tengok lah sendiri.First impression kat si meatball ni nampak dia cam sombong hahah sebab muka ketat je hahaha.Tapi bila dah kenal YA ALLAH NAUZUBILLAH perangai hahaha.Bukan jahat tapi rupanya sekepala gila hahahaha.So bersyukur lah ada kawan yang sekepala dengan kita.Dia ni baik hati SANGAT hahaha.And for your information,dia,mia and elly pandai decorate khemah guys sampai kelas kami dapat hadiah KHEMAH TERCANTIK masa Harum(Hari Usahawan Muda).So  sesiapa ada kerja kosong nak hias-hias khemah boleh contact dia hahahahhaa.Member sorang ni ada boyfriend and selalu lah berlaku konflik hahahaha.Boyfriend dia si kepeng hahahaha.So bila ada konflik antara mereka,aku lah menjadi bahu untuk dia mengadu hahahahahahaha cehh.So aku pon dengan rela hati dengar lah masalah dia dan tolong selesaikan mana yang mampu hahaha.Kalau nak cerita pasal SI MEATBALL ni memang tak habis hahaha.Lastly,I'm feel very blessed ada kawan yang memahami seperti Effatin ni hahaha.GOODLUCK DI UITM SEREMBAN 3!

AMEERAH SI PATRICK

Okay yang ni nama dia Ameerah tapi panggil Mia lah sebab dia suruh panggil camtu cause dia comel puiii hahahaha.Okay dia ni kami bagi gelaran Patrick sebab perangai dia sama dengan patrick dalam spongebob hahahaha.Okay dia ni lambat sikit masuk,takdelah lambat sangat actually sebab dia second intake dulu.So dia pon masuk lah kelas A1P1.First impression kat dia hmm nampak baik dgn tudung labuh hahahah.Rupanya bila introduce budak sekolah agama hahaha.No wonder lah.TETAPI BILA DAH KENAL RAPAT RUPA-RUPANYAAAAA...dia seorang yang sangat periang hahahaha.Dia ni penggemar warna pink ye guys.Asal boleh semua nak warna pink ,botol air pink,jam pink,semua pink lah hahaha.Si patrick ni ada boyfriend tau guys nama dia Faiz hahaha.Dia ni sangatlah setia kepada lolipop iaitu faiz hahah.Aku panggil lolipop sebab boyfriend dia botak sekarang.Dia ni agak clingy lah jugak dengan boyfriend dia werkkk hahaha.Tapi actually ni baik je and tulisan dia sangatlah cantikkkkk.Dalam kelas,bagi aku tulisan dia paling cantiklah tapi dia tak cantik hahahah tapi comel tu adalah sikit hahaha.Dah aku penat nak describe kau Mia sebab kalau cerita pasal kau memang tak habis hahahaha.So aku nak cakap Mia ni seorang yang baik tapi gelabah dia tuhan je tahu hahaha.GOODLUCK DI UITM LENDU!


ELLY SI SQUIDWARD

Okay ni lagi seorang bunga dalam group sissy hahahaha.Nama diberi Elly tetapi nama yang kami bagi pada nya adalah SQUIDWARD hahaha.Aku pon tak tahu macam mana nama tu boleh dapat hahaha.Okay si squidward ni pon second intake macam mia jugak.Mereka sama-sama masuk A1P1 dulu.So,first impression kat dia ni hahaha.Nampak kasar wey aduhh hahahaha memang kena terajang aku hahaha.And what I expect memang betul hahaha.Dia ada gen lelaki sedikit hahaha maybe sebab adik-beradik dia semua lelaki.Tapi ada lah jugak keperempuanan dalam diri dia.Okay dia penggemar tegar Nescafe guys and selalu kena marah dengan kami yang lain sebab dia minum nescafe dengan air kurang dari suku cawan hahaha .Dia memang gila tu je hahaha.Elly ni baik orangnya tapi jangan engkau usik sarang tebuan,habis kau kena sengat dengan dia hahahaha.Dia ni aktif sukan and budak KAKOM guys.Bukan biasa-biasa ye hahaha.Si squidward ni selalu buli and bahan aku wey hahaha.Bila lawak aku tak menjadi habis kena bahan dengan dia hahaha.Okay tu je untuk kau Elly si squidward.Kalau story pasal kau dekat KMNS dulu memang aku tak tidur malam ni hahaha.So end up aku blessed gila ada kawan cam Elly ni sebab sekepala hahaha.GOODLUCK DI UMP!

SYAHMI

Okay ni yang last sekali dalam group sissy aku iaitu Syahmi.Nasib ada jugak lelaki hahaha tak lah aku keseorangan hahaha.Orang panggil dia G tapi aku taknak cakap pasal tu.Syahmi ni dia tukar jurusan daripada Sains ke Akaun atas sebab tertentu dia.So masa aku pergi tengok papan maklumat dekat HEP dulu,nak tengok siapa masuk A1P1.Tengok ada nama AHMAD SYAHMI BIN SHUKOR.So,aku pon tunggu lah ketibaan dia hahahaha sebab dalam kelas ada 2 je lelaki termasuk aku.Jadi kalau ada si Syahmi ada lah jugak kawan lelaki lain dalam kelas.So dia pon masuk lah A1P1 and really unexpected dia seorang yang funny hahaha.Memang terhibur dengan lawak dia je.Dalam kelas kalau tiada dia memang sunyi and even dalam lecture pon hahaha.Walaupun ada yang tak berapa suka attitude dia but I think he is a good friend to me.Biarkan haters hahaha.Dia pandai Ekonomi ye guys.Kalau nak tahu perkembangan politik Malaysia korang boleh tanya dia haha.A-Z dia tahu sebab dia memang ikuti pasal politik di Malaysia ni.Tengok gambar atas tu pon dah tahu hahaha ala-ala YB gitu.Okay tu sahaja untuk kau Syahmi hahaha.Goodluck di UITM PALAM!



So itulah kisah ringkas tentang my sissy group.Actually ada banyak lagi cerita and pengalaman manis dengan mereka semua kat KMNS dulu,tapi kalau cerita memang tak habis hahaha.So biar aku simpan cerita lain tu di hati sahaja.Bagi saya pengalaman paling manis dekat KMNS dulu adalah mereka berempat ni.Saya memang tak boleh nak lupa semua pengalaman manis yang ada dengan mereka semua.Kalau lah boleh putar balik masa memang nak duduk je KMNS dengan mereka semua.Tapi apakan daya hahahaha.So lastly just nak cakap goodluck kat korang semua dalam menjalani kehidupan masa degree and seterusnya.Semoga semuanya dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat Amiin.Kalau berkesempatan kita bonding ye.

Nak payung sikit gambar-gambar kami masa kat KMNS dulu

NI MASA LAST DAY KAT KMNS :(

 FIRST TIME PAKAI BAJU MELAYU KAT KMNS SETELAH DIPAKSA OLEH MEREKA HAHA

NI MASA LAST DAY LECTURE BUSINESS.TENGAH PANAS NAK BERGAMBAR HAHA

MIA SI BUNNYCORN



NI MASA KELAS KAMI A1P1 MENANG KHEMAH TERCANTIK HARI USAHAWAN MUDA(HARUM)  KERANA TIGA BUNGA DI TENGAH ITU HAHAHAHA


Wednesday, October 24, 2018

FAEDAH MEMBACA

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
        
      Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.  

       Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

       Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.  

         Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.  

         Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.