Amalan membaca merupakan salah satu
tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
Antara kebaikan membaca
termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui
tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih
bijak.
Selain itu, kita dapat mengetahui
tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri
dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan
peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti
katak di bawah tempurung".
Membaca dapat mematangkan fikiran
kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara
lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.
Masa adalah emas dan perlu
digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah
amalan membaca buku amalan harian.
Sesungguhnya banyak kebaikan
atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca
harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat
di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya
hidup mereka.
No comments:
Post a Comment