1. Perkongsian
Maklumat
Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil
dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka
dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada
penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada
yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan
berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat
tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung
mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka
ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat
dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari
blog atau dari laman-laman web yang lain.
2. Boleh Menambah Kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan
di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung
untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan
silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing
mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan
masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka
boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil
gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka
berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang
ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.
3. Boleh Menjana Pendapatan
Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.
4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah
bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen.
Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama
ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan
memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
No comments:
Post a Comment