Wednesday, December 19, 2018

KAEDAH MEMPERBAIKI & MENGUATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

1. Cari siapa saudara kita
Ini adalah langkah pertama tetapi ramai orang yang mengabaikannya.
Ini kerana mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak mengenali semua ahli keluarga mereka.
Duduklah dengan ibu bapa kita dan tanyakan  kepada mereka tentang adik, abang, kakak, bapa saudara, ibu saudara mereka dan lain-lainnya.
Lukis salasilah keluarga dan simpan salinannya dalam komputer atau di atas kertas.

2. Cari cara untuk menghubungi mereka

Sama ada nombor telefon, e-mel, profil di facebook, skype atau twitter (percayalah kita mungkin terkejut!)
Kemaskini buku alamat (address book) kita dengan betul

3. Hubungi Mereka

jika saudara kita menggunakan mana-mana alat sosial atas talian (online social tools), hubungi mereka dengan satu salam yang mudah.
Saya pasti mereka akan terkejut dan gembira.
Jika kita tidak begitu mengenali mereka, mulakan dengan menghantar mesej biasa di telefon bimbit mereka yang diakhiri dengan nama kita dan mungkin ‘anak kepada sekian-sekian’ supaya mereka dapat mengenali kita.
Selepas itu, telefonlah mereka (sama ada dengan ibu bapa kita supaya lebih memudahkan proses berkenalan) atau hanya kita sahaja.

4. Berbual dengan datuk nenek kita

Terdapat begitu banyak hikmah, pengalaman dan pelajaran yang dapat dipelajari daripada orang tua kita.
Hanya duduk dengan mereka, tanyakan mereka beberapa soalan dan tekan butang rakam.
Jangan jadikannya formal, hanya duduk dan dengar sahaja.

5. Melawat dan menjemput sanak saudara untuk makan bersama

Jika saudara kita tinggal di bandar atau daerah yang sama, jemput mereka untuk makan bersama.
Ini adalah cara yang bagus untuk berhubung semula dan mengekalkan perhubungan dengan keluarga

6. Hubungi mereka melalui talian video

Kepada mereka yang mempunyai keluarga jauh di kampung atau di rumah yang internetnya biasa-biasa sahaja, ambil satu komputer riba atau tablet dengan kamera hadapan.
Fikirkan bagaimana kita boleh mendapatkan internet lebih baik untuk keluarga kita (lebih baik tanpa yang tanpa wayar) dan ajar mereka langkah mudah untuk membuat panggilan skype atau video

7. Berikan zakat atau sedekah kepada mereka

Malang sekali, kebanyakkan muslim melupakan bantuan kepada ahli keluarga mereka yang miskin.
Saya tidak pasti sama ada ia memalukan atau kerana mereka takut sanak saudara mereka akan mula ‘bergantung hidup kepada mereka’.
Boleh jadi juga ia disebabkan oleh kemalasan kita dan kebergantungan kita kepada organisasi kebajikan antarabangsa untuk melakukan zakat dan sedekah untuk kita.
Apa pun sebabnya, kita tidak punya alasan.
Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai arahan jelas daripada Allah bahawa memberi itu sepatutnya diutamakan kepada sanak saudara dan juga yang miskin melalui ahli keluarga yang lebih tua atau kita boleh menyumbang kepada salah satu perbelanjaan besar mereka.
Contohnya membiayai pelajaran anak mereka atau kos perubatan dan sebagainya.

8. Jadi tumpuan utama keluarga kita

Jika kita mengamalkan sebahagian nasihat di atas, kita akan menjadi tumpuan utama dalam keluarga.
Ambillah tanggungjawab ini dengan bahagia dan beri galakan kepada sanak saudara kita untuk saling berhubung semula.

9. Selesaikan isu-isu lama

Kita kita membina hubungan dengan ahli keluarga, kita mungkin akan mempunyai peluang untuk menyelesaikan isu-isu lama.
Bagaimana kita boleh menyelesaikannya?
– Minta bantuan ahli keluarga yang lebih tua.
Kita mungkin boleh mengambil kesempatan pada Ramadhan atau Hari Raya di mana ahli keluarga lebih cenderung untuk memberikan kemaafan dan melupakan, serta memulakan semua hubungan kekeluargaan mereka atas dasar cinta dan kasihan belas, insyaaAllah.

BOLA SEPAK MPP UKM VS NC UKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya ingin menceritakan tentang perlawanan persahabatan yang berlangsung antara MPP UKM VS NC UKM.Perlawanan telah berlangsung di Stadium UKM pada 19/12/2018.

Saya dan rakan-rakan yang lain merupakan antara orang yang terawal hadir ke stadium.Didapati pemain-pemain sedang berada di atas padang untuk memanaskan badan.Kami pun mengambil tempat duduk yang strategik untuk melihat perlawanan bola sepak tersebut.






Perlawanan berlangsung dengan meriahnya.Perlawanan sangat sengit antara 2 pasukan tetapi akhirnya dimenangi oleh NC UKM dengan jaringan 3-2.Selepas perlawanan tamat,kami pun bergambar untuk kenangan.






KEBURUKAN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin memberitahu keburukan blog.Walaupun blog mempunyai kebaikan,namun ada keburukannya.

1.  Perkongsian Maklumat
Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
2. Boleh Menambah Kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 
3. Boleh Menjana Pendapatan

Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain-lain adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit.

4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.

Itu sahaja keburukan blog yang sempat saya kongsikan.

Tuesday, December 18, 2018

PESTA PANTUN UKM 2018

Pada 16 Oktober yang lalu,pertandingan akhir pesta pantun UKM telah diadakan di Pusanika Aras 6,UKM.Perlawanan akhir tersebut telah menyaksikan persaingan sengit antara Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ibrahim Yaakub.Bagi memberi sokongan kepada kolej saya sendiri iaitu KAB,saya dan rakan-rakan telah turun bagi memberi sokongan kepada pemantun-pemantun.

Sesampai sahaja kami di sana,kelihatan terdapat ramai pelajar yang sudah berkumpul bagi menyaksikan pertandingan akhir tersebut.

Ramai orang sampaikan tiada tempat duduk

Kemudian selepas beberapa minit,acara dimulakan dan persaingan sengit antara kedua-dua kolej.Akhirnya,Kolej Aminuddin Baki telah menjadi juara pesta pantun tersebut.Saya berasa amat bangga kerana KAB memenangi pertandingan tersebut.


CERAMAH BERKAITAN POLEMIK PTPTN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya menghadiri taklinat Polimek PTPTN di Pusanika Aras 6,UKM.Memandangkan topik ini menarik,jadi saya pun merajikan diri untuk pergi bersama rakan-rakan yang lain.Program ini hendaklah dihadiri seorang daripada setiap biro.

Program dijadualkan bermula pada 8 malam,namun akibat sedikit masalah program terpaksa ditunda ke pukul 8:30 malam.Sebelum ceramah bermula,kami diminta untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu.Kami diberi air mineral dan roti.

Kemudian,semua hadirin diminta berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan panelis terhormat iaitu Datuk Luqman Adam iaitu bekas Ketua Pemuda Umno.Terdapat 4 lagi panelis yang turut hadir bagi membincangkan topik ini.Kami diminta utuk menyanyikan lagu Negaraku dan Varsiti Kita.

Selepas itu,ceramah pon bermula.5 panel itu memberi pandangan yang berbeza berkaitan isu PTPTN yang semakin menjadi bualan masyarakat Malaysia.Terdapat pelbagai faktor yang dibangkitkan berkaitan isu PTPTN seperti ekonomi,kewangan dan faktor-faktor lain.

Saya tidak dapat mendengar ceramah tersebut sehingga tamat kerana terpaksa hadir ke kolej untuk urusan lain.

 Ambil gambar dulu sebelum ceramah bermula

Semasa ceramah sedang berlangsung


CARA CARA MENGURANGKAN STRES

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.
Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan.
Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.
Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.
Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.
Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil.
Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?




1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.
Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita.
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling.
Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.
Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar.
InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.
Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.
Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi.
Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Learning is not only entertaining, it’s also empowering — both of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.
Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi.
Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.
Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.
Jadi apa minat anda?

6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit.
Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam.
Pasti anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.
Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita

PORT DICKSON !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin menceritakan tentang bonding bersama kawan-kawan sekolah menengah saya di Port Dickson.Kami ke sana hanya balik hari sahaja.Seramai 8 orang termasuk saya telah pergi ke Port Dickson menaiki 1 kereta sahaja iaitu Velfire.

Kami berkumpul di rumah salah seorang kawan saya iaitu Ezzati kerana dia yang akan memandu nanti.Apabila semuanya sudah berkumpul,kami pun gerak ke sana pada jam 11 pagi.Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk sampai.

Sesampai sahaja di Port Dickson,kelihatan ramai orang yang berkunjung ke sana dan mandi laut.Kamu pun terus menuju ke arah laut dan melihat pemandangan yang cukup indah.Kami mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.

Kemudian,kami makan tengahari di warung di tepi pantai Port Dickson tersebut.Saya dan rakan-rakan mencuba Mee Udang kerana ia merupakan menu utama di warung tersebut.Mee tersebut sangat sedap dan berpatutan harganya iaitu hanya RM 7 sahaja.

Kemudian selepas makan,kami pun pulang ke Seremban dan pulang ke rumah masing-masing.