Saya sebagai penghuni KAB telah turun bersama rakan-rakan bagi memberi sokongan kepada pemain-pemain bola sepak kolej kami bagi memperoleh kemenangan emas.Ramai juga penghuni KAB yang telah turun ke stadium bagi memeriahkan suasana.Ternyata apa yang saya katakan adalah betul iaitu suasan di stadium sangatlah gamat dan penuh dengan penonton dari pelajar UKM sendiri.
Kami telah memberi sokongan yang padu kepada pemain-pemain KAB bagi menggengam emas buat KAB dan akhirnya kami berjaya memperoleh kemenangan ke atas KTSN dengan jaringan gol 2-0.Ini juga telah menjadikan Kolej Aminuddin Baki sebagai Johan Keseluruhan SUKEM 2018.
Saya berasa amat berbangga dan gembira kerana telah menjadi salah seorang penghuni Kolej Aminuddin Baki.
No comments:
Post a Comment