Saya dan rakan saya,Izzat telah ditugaskan sebagai Post Multimedia dan kami telah menjalankan beberapa tugas yang diberikan sebelum ke Pasar Seni.Antara tugas yang kami telah lakukan ialah mereka bentuk dan mencetak kad motivasi yang akan diberi kepada gelandangan.Kami juga telah mereka bentuk poster untuk dibawa ke sana nanti.
Pada malam 11 November,kami telah berkumpul di Masjid UKM terlebih dahulu untuk sedikit taklimat dan menyimpan barangan seperti makanan dan sebagainya di dalam kereta.Pada 9:30 malam,kami pun bertolak ke Pasar Seni.
Sampai sahaja di sana,kelihatan gelandangan sudah sedia ada di sana kerana mereka tahu bahawa kami akan memberi makanan dan servis menggunting rambut.Kami juga menyediakan perkhidmatan ambulans dan 2 orang doktor bagi membantu merawat gelandangan yang ada.
Kami juga telah mengarahkan semua gelandangan untuk beratur sebelum mengambil makanan namun masih ada yang berdegil.Namun kami tetap berjaya mengedarkan kesemua makanan kepada mereka.Selepas itu,Kami juga menyediakan servis menggunting rambut kepada mereka.Servis tersebut telah dijalankan oleh 2 orang pelajar UKM sendiri yang sukarela untuk membantu.
Seterusnya,kami juga sempat berbual-bual bersama gelandangan yang ada serta membuat sedikit temu ramah bersama mereka.Kami menanyakan beberapa soalan kepada mereka seperti pekerjaan yang dilakukan dan sebagainya.
Tepat jam 11:30 malam,kami pun bertolak pulang ke UKM dan mengadakan mesyuarat kecil di Masjid UKM.Akhirnya saya berasa sangat bangga kerana dapat melibatkan diri dalam program mulia seperti ini .
No comments:
Post a Comment