Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman pergi bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi.Ini merupakan kali pertama saya ke sana bersama keluarga.Jadi saya berasa sanagt teruja dan gembira untuk ke sana.Kami ke sana selama 3 hari 2 malam.
Kami bertolak ke Kuala Perlis pada waktu malam dan berhenti rehat di Sungai Perak.Kemudian menyambung perjalanan dan sampai di Kuala Perlis pada awal pagi keesokan harinya.Sebelum menaiki feri ke Pulau Langkawi,kami semua bersarapan di sebuah kedai berhampiran jeti itu.Kemudian selepas sarapan,kami pun menaiki feri menuju ke Pulau Langkawi.Feri tersebut mempunyai 2 tingkat.
Apabila sudah sampai di Pulau Langkawi,kami diraikan olehpemandu pelancong yang telah tempah sebelum pergi ke sana.Beliau membawa kami ke hotel yang telah ditempah dan kami tinggal di sana selama 3 hari 2 malam.Pada petang selepas sampai di hotel itu,kami sekeluarga turun ke kolam renang yang berada di hotel tersebut untuk mandi.Pada waktu malam pula,kami sekeluarga keluar untuk makan malam dan makan di sebuh restoran.Makanan di restoran tersebut semuanya sedap-sedap belaka.
Kemudian pada keesokan harinya kami sekeluarga menghabiskan masa dengan pergi membeli belah di Haji Ismail Group dan pelbagai kedai lain.Kami membeli bermacam-macam jenis barangan seperti coklat dan sebagainya.Kemudian,kami pergi Dataran Helang yang cukup terkenal di Langkawi.
Pada waktu malam,kami pergi makan di sebuah restotan yang menyajikan makanan kampung.Makanan yang disajikan sangat sedap dan berpatutan dengan harga.
Pada keesokan harinya iaitu hari terakhir,kami pun mengemas barang dan pulang ke Seremban.Pengalaman ini tidak dapat saya lupakan kerana Langkawi merupakan sebuah tempat yang sangat cantik dan sesuai untuk bercuti
No comments:
Post a Comment