Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sekeluarga bercuti di Terengganu.Ini merupakan kali pertama saya pergi ke Terengganu dan berasa saya teruja.Kami ke sana hanya 3 hari 2 malam sahaja.
Kami bertolak ke Terengganu pada waktu pagi kerana tidak mahu tersekat dalam kesesakan di lebuh raya.Perjalanan mengambil masa hampir 6-7 jam untuk sampai di sana.Apabila sampai sahaja disana,kami terus menempah chalet yang betul-betul berada di tepi pantai.Pada waktu malam,boleh kedengaran ombak laut bergelora.Perasaan sedikit takut ada juga tetapi hanya bersangka baik sahaja.
Di sana terdapat sebuah cafe yang menjual pelbagai jenis kopi dan makanan barat.Jadi kami pon pergi ke sana untuk makan malam.Suasananya sangat nyaman dan tenang sahaja.Memang sesuai untuk sesiapa yang ingin menenangkan fikiran.Selepas makan malam itu,kami pon masuk ke chalet dan tidur kerana esok ingin berjalan di sekitar Terengganu.
Pada keesokan harinya,kami pun bersiap dan keluar untuk bersarapan.Kami sarapan di sebuah kedai Cina Muslim yang sangat terkenal di kawasan itu.Kopi serta roti bakar yang disediaka sangatlah sedap dan harganya juga berpatutan.Selepas sarapan,kami terus ke Majis Kristal yang sangat besar dan terkenal di seluruh Terengganu.MasyaAllah memang cantiknya tak terkata kerana setiap sudut masjid tersebut dihiasi dengan kristal yang sangat cantik dan bersinar.Kami pon mengambil beberapa foto untuk kenangan keluarga.Selepas itu,kami mengerjakan solat Zohor di sana,Selepas itu,kami pergi makan tengahari di sebuah restoran berhampiran masjid tersebut.
Selepas itu,kami pon pergi Pasar Payang yang sangat terkenal di Terengganu.Pasar ini menjual pelbagai jenis makanan dan cenderahati yang cantik dan unik.Saya pon memborong beberapa cenderahati untuk rakan-rakan.Ibu membeli beberapa kain batik dan juga kain ela yang sangat cantik untuk dijahit menjadi baju kurung.
Kemudian,kami pulang ke chalet semula dan berehat seketika.Kami menikmati minum petang di tepi pantai sambil melihat matahari yang ingin terbenam.Subhanallah cantikknya tak terkata!Saya berasa terpegun melihat pemandangan pada ketika itu.Kemudian malam menjelma dan kami pun rehat sebentar di bilik,mandi serta solat.Kemudian kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran di sana.Selepas itu,kami pun pulang ke chalet untuk tidur kerana esok mahu pulang ke Seremban.
Keesokan harinya,kami pun bersiap-siap dan pulang ke Seremban.
No comments:
Post a Comment