Monday, December 17, 2018

BONDING A1P1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Harini saya ingin menceritakan pengalaman saya dan rakan kelas yang lain ber-BBQ di The Rock,KMNS.Idea ini sebenarnya tercetus apabila pensyarah English kami iaitu Puan Zai yang ingin mengadakan makan-makan bersama kelas kami,A1P1.Jadi,kami sekelas pun memikirkan apa juadah dan tempat yang sesuai untuk kami bonding bersama.

Memandangkan KMNS baru sahaja menubuhkan The Rock iaitu merupakan tempat seperti taman rekreasi yang mempunyai batu-batu besar yang sangat cantik,kami pun bercadang untuk membuat BBQ di sana.Kami mengadakan bonding tersebut pada hari malam kerana pemandangannya lebih menarik dengan lampu cahaya neon yang dipasang di sana.

Pada petang sebelum memulakan BBQ,beberapa orang rakan kelas telah keluar bersama Puan Zai untuk membeli barangan basah untuk BBQ seperti ayam dan sebagainya.Kemudian,selepas mereka pulang,pelajar perempuan terus memerap ayam tersebut di rumah felo A1 iaitu felonya adalah Puan Zai sendiri.

Kemudian pada malam nya,kami semua berkumpul dan mula untuk membuat BBQ.Pada ketika inilah terdapat pelbagai kenangan manis yang telah kami cipta yang tidak boleh dilupakan,Kami bermain bermacam permainan seperti Truth or Dare dan Heats Up.Kami berasa sangat seronok dan tidak dapat melupakan kenangan manis tersebut.





No comments:

Post a Comment