Monday, December 17, 2018

INTERVIEW DI UNIVERSITI MALAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Harini saya ingin menceritakan pengalaman pergi temu duga di Universiti Malaya untuk kemasukan ke Ijazah SarjanaMuda Kewangan.Saya berasa sangat teruja untuk pergi ke temu duga tersebut kerana Universiti Malaya merupakan universiti idaman saya dari sekolah menengah lagi.

Pada 1 Jun 2016,saya serta ibu dan bapa saya bertolak ke Universiti Malaya seawal jam 7 pagi.Saya berasa amat gementar dan gugup sedikit untuk menghadiri temu duga tersebut.Namun saya tetap dengan pendirian untuk buat yang terbaik.Semasa dalam perjalanan,saya sempat membuat rujukan-rujukan tentang isu semasa berkaitan kewangan dan ekonomi dalam negara dan juga luar negara.

Selepas 1 jam 30 minit perjalanan,saya pun sampai di sana dan kelihatan ramai pelajar sedang beratur untuk menunggu giliran untuk ditemu duga.Saya pun turut menunggu giliran untuk temu duga.Sebelum itu,kami diagihkan ke sebuah bilik atau kelas sementara menunggu giliran.Sementara itu,saya sempat membuat rujukan.

Selepas beberapa minit,tiba giliran saya pula untuk ditemu duga.Apabila saya masuk ke dalam bilik temu duga tersebut,kelihatan 2 orang penemu duga sedang memandangkan ke arah saya dengan senyuman yang lebar.Oleh itu,saya berasa amat lega kerana mereka berdua sangatkah cool dan rileks.Bermacam-macam soalan yang diajukan kepada saya seperti biodata keluarga,isu kewangan dan ekonomi negara dan sebagainya.Saya menjawab soalan yang diajukan dengan sedaya upaya dan berserah pada rezeki.

Namun apabila keputusan UPU keluar,saya telah mendapat tawaran di UKM dan tidak mendapat tawaran di UM.Saya redha dan berserah pada rezeki Allah S.W.T.UKM juga merupakan universiti terbaik di Malaysia.





CANVA

No comments:

Post a Comment