Monday, December 17, 2018

DOMAIN KESUKARELAWANAN MINGGU MESRA MAHASISWA UKM 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Harini saya ingin menceritakan pengalaman semasa MMM 2018.Terdapat pelbagai domain yang saya join antaranya Domain Kesukarelawanan.Domain ini sangatlah bermakna bagi saya kerana ia memberi pengalaman baru kepada diri saya.

Pada 4 September yang lalu,mahasiwa UKM tahun pertama yang mengambil domain kesukarelawanan telah mengadakan kerja sukarela di SMK Bandar Baru Bangi.Kami telah mengecat koridor bangunan makmal sekolah tersebut.

Kami bergerak ke sana menaiki bas yang telah UKM sediakan.Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja kerana ia hanya berdekatan dengan UKM.Sampai sahaja di sana,kami telah berkumpul dan diberi taklimat oleh salah seorang cikgu di sana tentang kerja sukarela yang bakal kami jalankan.

Kemudian kami telah dibawa ke bangunan makmal sekolah tersebut dan diberi peralatan untuk mengecat koridor.Koridor tersebut haruslah dicat dengan warna ungu dan kuning.Kami pon mula lah mengecat koridor tersebut secara bergilir-gilir memandangkan peralatan seperti berus cat tidak mencukupi.Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk menyiapkan kerja sukarela tersebut.

Akhirnya,saya berasa sangat bertuah kerana dapat menyumbang serba sedikit tenaga untuk mencantikkan sekolah tersebut dan dapat mengenal pelajar UKM dengan lebih dekat.



No comments:

Post a Comment