Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Harini saya ingin menceritakan pengalaman keluar bonding bersama ahli-ahli EDB saya.Pada mulanya kami tidaklah berapa rapat,tetapi semasa perkampungan Minggu Keusahawanan kami telah menjalankan banyak tugas bersama.Jadi bermula di sana hubungan kami semakin akrab.
Kami pon bercadang ke IOI City Mall Putrajaya untuk berjalan-jalan.Okay mari saya kenalkan ahli EDB yang paling saya rapat dan yang banyak saya kerjasama.
So inilah muka-mukanya hahaha.Umi(tudung hitam),Nady(tudung kuning),Alifah(tudung pink),Aina(tudung ungu),Ikhram(pakai cap) dan yang terakhir Pijol(hoodie hitam).Perangai mereka semua ini gila-gila hahaha sama juga lah dengan saya.
Semasa berada di IOI City Mall,kami telah bercadang untuk makan di Mr.Dakgalbi.Restoran ini merupakan restoran Korea.Memandangkan semua penggemar makanan Korea,jadi makan lah dekat situ.Pelbagai makanan telah kami pesan dan semuanya sedap-sedap belala!
Selepas makan,kami pun pergi menonton wayang Polis Evo 2 memandangkan ramai yang memberi feedback yang bagus tentang filem tersebut.Sebelum filem bermula,seperti biasa popcorn dan sneaks adalah kewajiban semasa menonton wayang.Jadi kami pun membelinya sebelum filem bermula.Selepas itu kami pon menonton filem tersebut dan ternyata feedback orang ramai sangatlah betul kerana filem tersebut sangat bagus dan memberi impak kepada penonton.
Jadi selepas menonton wayang,kami pun pergi bermain boling bersama-sama.Walaupun semuanya tidak handal bermain,namun tetap redah hahaha.Saya telah mendapat skor tertinggi sepanjang bermain boling tersebut.Pada masa itulah hubungan kami menjadi lebih akrab dan lebih mesra.
Akhirnya kami pun pulang selepas bermain boling.Saya berasa sangat gembira kerana dapat keluar bersama mereka.Mereka semua juga sangat baik hati dan peramah.Jadi saya berharap agar bonding ahli EDB di Fraser Hill pada Februari 2019 menjadi seperti yang dirancang.
No comments:
Post a Comment