Monday, December 17, 2018

LAWATAN KE ISTANA KEHAKIMAN NEGARA,PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Harini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya berada Istana Kehakiman Negara yang terletak di Putrajaya.Program ini dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah Kemahiran Dinamika Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.Program ini bertujuan untuk menunjukkan kepada kami iaitu pelajar-pelajar mengenai selok-belok undang-undang Malaysia.

Pada pagi 13 April 2018, kami telah berkumpul di dataran KMNS dan membuat persediaan untuk bergerak ke Putrajaya menaiki bas.Seawal jam 8 pagi kami telah bergerak ke Putrajaya dari Kuala Pilah.Perjalanan mengambil lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai di sana.

Sesampai sahaja di sana,kami diminta berkumpul di hadapan Istana Kehakiman Negara tersebut dan diberi taklimat oleh salah seorang pegawai di sana.Kemudian,beliau membawa kami semua masuk ke dalam tempat tersebut dan membuat semakan keselamatan ke atas kami dahulu.

Kemudian kami dibawa ke dalam sebuah mahkamah untuk melihat perbicaraan kes pembunuhan.Pada mulanya saya berasa gerun kerana itu merupakan kali pertama saya melihat sendiri perbicaraan di depan mata.Namun,kami tidak dapat melihat perbicaraan tersebut sehingga habis kerana kesuntukan masa tetapi kami diberitahu bahawa pelaku tersebut akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Seterusnya,kami dibawa ke perpustakaan yang digunakan oleh peguam-peguam untuk melakukan rujukan serta bahan bacaan mereka.Perpustakaan tersebut sangatlah besar dan penuh dengan pelbagai bahan rujukan undang-undang.Kami juga bergambar dengan pekerja-pekerja di sana.

Akhirnya,kami bertolak pulang ke KMNS pada 1 tengahari.Saya berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat menimba pengalaman tentang undang-undang.






No comments:

Post a Comment