Sejak azali lagi, pakar - pakar kesihatan telah mengakui bahawa
aktiviti sukan penting untuk kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana,
semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan pengaliran darah
yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik
dan seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan berlaku. Jadi,
sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan bersukan, kita dapat
mengelakkan daripada terkena penyakit penyakit merbahaya terutamanya
obesiti. Kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu.
Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan
tugasan dengan baik seterusnya membantu pembangunan negara.
Seterusnya, masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan
kerana aktiviti sukan lazimnya dilakukan pada waktu yang terluang.
Dengan cara yang sedemikian, masyarakat akan lebih meluangkan masa
dengan perkara yang lebih berfaedah. Oleh itu, remaja tidak ada
kesempatan untuk melepak, melibatkan diri dalam jenayah dan seterusnya
melarat sehingga penyalahgunaan dadah. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga
harus mengambil peranan dengan mengawal aktiviti anak-anak dengan tegas
bagi tidak membiarkan 'nasi menjadi bubur' dinasihatkan bahawa ibu bapa
hendaklah mendedahkan anak-anak terhadap aktiviti sukan sejak kecil
lagi. Bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi 'melentur buluh biarlah
dari rebungnya' tegasnya, aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala
sosial dalam kalangan anak muda, malah melahirkan anak Malaysia yang
sihat, cerdas serta berkualitii yang mampu memberikan sumbangan terhadap
pembangunan negara.
Di samping itu,sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan
dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dan negara yang makmur. Hal ini demikian
kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada
pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu
untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu
kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam
kalangan mereka. Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita
bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita
teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan
perpaduan antara kaum dinegara kita. Selain itu, penonton juga akan
merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka menyokong pasukan
yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu
keputusan kemengan. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat
membangunkan lagi negara.
Selain itu, apabila sesebuah negara terpilih sebagai tuan rumah
bertaraf antarabangsa, pastinya negara tersebut akan didatangi oleh
pemain, pegawai,wartawan dan penyokong dari pelbagai negara. Mereka
sudah tentu mengekuarkan wang untuk berbelanja. Hal yang sedemikian
serba sedikit telah mendatangkan keuntungan kepada negara. Mereka juga
akan dipromosikan tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Situasi
ini dapat memajukan lagi industri pelancongan di negara yang berkenaan.
Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi, ianya juga membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej sesebuah negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan. Sehubung dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamaf ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata 'majulah sukan untuk negara'.,
No comments:
Post a Comment