Monday, December 17, 2018

TRIP TO CHERATING 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga di Cherating,Pahang.Kami bercuti di sana selama 3 hari 2 malam.

Kami memulakan perjalanan pukul 5 petang dan kemudian kami sinngah di Pantai Teluk Chempedak terlebih dahulu untuk berehat dan menikmati udara segar di sana.Di sana,kami sempat makan di sebuah kedai warung yang sangat sedap.Kemudian kami pergi ke pantainya yang sangat cantik dan bergambar bersama-sama.

Selepas 1 jam lebih berada di sana,kami terus ke Cherating dan menepah sebuah chalet yang berada di tepi pantai.Kawasan di sana sangatlah cantik dan kami terdapat juga restoran di sana.

Pada waktu malam,kami pergi ke restoran tersebut untuk makan malam.Makan malam yang utama adalah makanan seafood.Kebetulan merupakan kegemaran saya.Jadi kami sekeluarga menikmati makan malam dengan tiupan angin pantai yang sangat nyaman.Kemudian,selepas makan kami pun pulang ke chalet dan tidur kerana sudah penat berjalan.

Pada keesokan harinya,kami bangun dan bersiap untuk keluar dari chalet itu.Kemudian kami pergi sarapan sebelum memulakan perjalanan balik ke Seremban.Ini merupakan percutian yang saya akan ingat kerana merupakan kali pertama saya ke Cherating.


No comments:

Post a Comment